Kes harian turun di Singapura

SINGAPURA 31 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,605‬ kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan penurunan berbanding  5,729‬ yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,459 ‬adalah jangkitan tempatan dan 146 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,096,428.

Sebanyak lima individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,268 kematian

Menurut MoH, sebanyak 4,869 kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ini terdiri daripada 128 kes import dan 4,741 jangkitan tempatan manakala sebanyak 736‬ lagi kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 718 jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.

Sementara itu, sebanyak 646 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 660 semalam.

Sebanyak 87 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 27 dipantau rapi di ICU manakala 5,152 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, 30 Mac sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment