Penurunan kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 31 Mac – Brunei Darussalam merekodkan penurunan kes harian hari ini apabila merekodkan 686 kes baharu berbanding 745 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 134,412 kes.

Tiada kematian baharu direkodkan hari ini dan jumlah yang meninggal dunia kekal  93 orang.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, seperti semalam, tujuh kes dalam kategori 4 direkodkan manakala tiada kes dalam kategori 5.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19, di sini beliau berkata, daripada 686 kes baharu itu, sebanyak 615 adalah hasil Ujian ART yang telah dimuatnaikkan ke aplikasi BruHealth, manakala 71 adalah dari 1,546 hasil Ujian Makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Beliau juga memaklumkan, 1,260 kes disahkan sembuh pada hari ini, yang membawa kepada jumlah kes sembuh 129,230 manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 4,974.

Sebanyak 98 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 4,876 kes positif, kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat 30 Mac, sebanyak 61.3 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment