Peningkatan kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 31 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan kes positif baharu Covid-19 semalam dengan merekodkan 15,941 lagi kes berbanding 15,215 kelmarin dan 13,336 pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,183,359.

Daripada jumlah kes baharu semalam, sebanyak 168 adalah kes import melibatkan 161 warganegara dan tujuh bukan warganegara manakala 15,773 kes tempatan terdiri daripada 15,100 warganegara dan 673 bukan warganegara.

Pada masa sama, sebanyak 21,186 lagi kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menyumbang kepada sejumlah 3,941,829 kes yang sudah pulih daripada Covid-19 setakat ini.

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan ketika ini ada sebanyak 206,592 kes aktif, dengan sebahagian besar iaitu 200,962 menjalani isolasi di rumah.

Seramai 4,664 pesakit kini dirawat di hospital manakala seramai 690 lagi menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 275 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 121 kes disahkan Covid-19; 154 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan dan 168  memerlukan bantuan pernafasan iaitu 77 kes disahkan Covid-19; 91 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 15,941 kes harian yang dilaporkan pada 30 Mac 2022:

  • Kategori 1: 7,474 kes (46.88%);
  • Kategori 2: 8,359 kes (52.44%);
  • Kategori 3: 50 kes (0.32%);
  • Kategori 4: 26 kes (0.16%); dan
  • Kategori 5: 32 kes (0.20%).

Daripada 108 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 30 Mac 2022:

  • 26 kes (24.07%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 45 kes (41.67%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 37 kes (34.26%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 57 kes (52.78%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 63 kes (58.33%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,932 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:1;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,725 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 207 kluster.

Related posts

Leave a Comment