Suntikan ‘booster’ di UK Sept.

LONDON: United Kingdom (UK) akan melancarkan program suntikan penggalak atau booster vaksin Covid-19 di seluruh negara bermula September tahun ini, kata Menteri Kesihatan (setiausaha kesihatan) Sajid Javid.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendapat nasihat daripada Jawatankuasa Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), badan penasihat kepada kerajaan UK yang menyokong pemberian suntikan penggalak.

“Kami sudah mempertimbangkan ‘booster’ vaksin. Dan hari ini kami menerima nasihat daripada JCVI, badan penasihat bebas kepada pasukan saintifik kerajaan, dan mereka menyokong kempen ini.

“Itu yang perlu dilakukan untuk mengawal virus ini, itu adalah objektif utama. Ia perlu dimulakan dengan golongan rentan, itu juga perancangan kami,” kata Javid.

Kerajaan akan turut memberikan vaksin influenza pada masa sama untuk mengawal kesihatan awam.

UK antara negara terawal yang mencadangkan penggunaan booster vaksin dan kini merupakan negara pertama mengedarkannya.

Related posts

Leave a Comment