BEIJING – Sembilan lagi negara disenaraikan China untuk pengecualian visa secara percubaan mulai 30 November 2024 hingga 31 Disember 2025, kata jurucakap Kementerian Luar Lin Jian.
Menurut beliau, langkah bagi memperkukuh pertukaran petugas antara China dan negara lain, melibatkan pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun
Lin juga memaklumkan China akan mengoptimumkan lagi dasar pengecualian visanya, termasuk memperluaskan tujuan kemasukan tanpa visa kepada pertukaran dan lawatan, serta memanjangkan tempoh tinggal bebas visa daripada 15 hari kepada 30 hari.
Mulai 30 Nov 2024, pemegang pasport biasa dari 38 negara yang tersenarai dalam peraturan visa percuma, termasuk sembilan negara yang baru disenaraikan, boleh memasuki China tanpa memohon visa.
Ia melibatkan tempoh tinggal tidak melebihi 30 hari, untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga, pertukaran dan transit.
Nnn
