PUTRAJAYA 6 Feb. – Sebanyak 512 dos kedua vaksin Covid-19 diberikan kepada kumpulan dewasa semalam menjadikan jumlah keseluruhan 97.9 peratus atau 22,929,020 orang melengkapkan vaksinasi mereka.
Pada masa yang sama, sebanyak 23,222,612 atau 99.2 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos termasuk 15,313 dos yang diberikan semalam.
Menurut data COVIDNOW, sebanyak 78.8 peratus atau 25,720,100 daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 79.9 peratus atau 26,091,557 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,791,080 atau 88.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,868,945 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 56,873 dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 12,307,360 atau 52.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini.
Setakat semalam sebanyak 63,914,165 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) 90,406 dos yang diberikan semalam.