Singapura catat 7,752 kes baharu

SINGAPURA 6 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,752 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 7,639 kes jangkitan tempatan dan 113 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 397,823 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 871 berikutan tiga lagi individu meninggal dunia. Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 6,135 terdiri daripada 14 kes import dan 6,121 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.…

Read More

Peningkatan berterusan di Indonesia

JAKARTA 6 Feb. – Indonesia melaporkan 36,057 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, yang menunjukkan peningkatan berterusan kes positif berbanding 33,729 yang direkodkan semalam. Pertambahan kes itu berlaku di 34 wilayah dan dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,516,480. Daripada jumlah kesbaharu ini, Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 15,825, Jawa Barat 7.603,, Banten 4,649, Jawa Timur 2,218, Bali 1,918 dan Jawa Tengah 1,159. Sementara itu, jumlah pesakit sembuh pada hari ini bertambah 10,569 orang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,183,027. Sebanyak 57 kematian akibat…

Read More

Filipina catat 8,361 kes baharu

MANILA 6 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,361 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,609,568 kes. Sehingga pukul 4 petang ini juga, jumlah kematian mencapai 54,526 orang apabila 312 lagi individu dilaporkan meninggal dunia. Sebanyak 18,431 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,428,815 orang atau 95.0 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang direkodkan itu, sebanyak 3.5 peratus atau 126,227 adalah kes aktif. Sementara itu, DoH memaklumkan daripada 8,361 kes yang dilaporkan hari ini, 6,568 (79%) berlaku…

Read More

Mampu cecah 20,000 kes harian

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kes harian Covid-19 dijangka mampu melonjak sehingga angka 15,000 dalam masa terdekat, berikutan jumlah warga emas yang masih belum mendapatkan dos penggalak agak tinggi. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sejumlah sejuta golongan berkenaan masih belum mengambil dos penggalak. “Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi. Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak. “Tolong maklum kepada ibu bapa kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad. Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham…

Read More

Kes harian tertinggi tahun 2022

PUTRAJAYA 6 Feb. – Dalam tempoh enam hari pertama bulan ini, angka kes positif harian Covid-19 di negara ini kembali ke lima angka apabila sebanyak 10,089 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi. Bermula dengan 5,566 kes pada 1 Februari diikuti 5,736 dan 5,720, angka itu terus meningkat kepada 7,234 pada 4 Februari dan semalam 9,117. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berkata kes yang dikesan hari ini menyumbang kepada sejumlah 2,914,220 kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini. Katanya, daripada 10,089 jangkitan baharu itu, sebahagian besarnya melibatkan…

Read More

Dua faktor kes tinggi di Sabah

KOTA KINABALU 6 Feb. – Dua faktor menyebabkan Sabah terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi hari ini dengan 1,285 kes, kata Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 Masidi Manjun. Faktor pertama, virus sudah berada dalam komuniti dan memudahkan kadar perebakan serta jangkitan lebih cepat dan kedua adalah sikap cuai atau tidak peduli segelintir masyarakat kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Sebagai contoh, katanya pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sudah semakin longgar sekali gus memudahkan jangkitan Covid-19. “Selain itu, tertakluk kepada pengesahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes-kes baharu…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.20

PUTRAJAYA 6 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik sehingga 1.20 berbanding 1.13 pada hari sebelumnya. Perlis terus kekal mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.49 berbanding 1.33 pada hari sebelumnya diikuti Sabah 1.41 yang sebelumnya 1.29, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.29 dan Kedah 1.22. Negeri yang mencatatkan kadar di bawah 1.20 adalah Selangor 1.19, Sarawak 1.17, Pulau Pinang 1.17, Johor 1.16, Pahang 1.14, Terengganu 1.13, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.12, Melaka 1.11, Perak 1.10 dan Negeri Sembilan 1.10. Sementara itu Kelantan pula merekodkan 1.08 dan…

Read More

Lata Mangeshkar meninggal dunia

MUMBAI: Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar, 92 meninggal dunia di Mumbai hari ini, kata Perdana Menteri, Narendra Modi. Seniwati legenda yang terkenal kerana merakamkan lagu-lagu latar dalam ribuan filem Bollywood terlibat dalam industri itu selama tujuh dekad. Berikutan itu, India mengumumkan seluruh negara akan berkabung selama dua hari selain bendera juga akan dikibar separuh tiang. Pada masa yang sama kesemua acara hiburan ditangguhkan sebagai menghormati pemergian ikon seni yang disegani itu. Bagaimanapun, sebab kematian mendiang yang juga ikon seni India itu belum diumumkan. Penghibur itu dilaporkan dimasukkan ke Mumbai’s Breach…

Read More

Thailand catat 10,879 kes baharu

BANGKOK 6 Feb. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan jumlah kes terus meningkat kepada 10,879 serta 20 kematian berbanding 10,490 kes dan 21 kematian semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 10,701 kes tempatan dan 178 kes import dari beberapa negara. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini sejak awal 2020 adalah 2,497,001 termasuk 273,566 kes pada tahun ini dengan jumlah kes sembuh pula sebanyak 2,383,673. Manakala jumlah kematian pula adalah 22,291 orang sejak pandemik bermula. Semalam sebanyak 8,285 orang pesakit dilaporkan sembuh.…

Read More

14 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 6 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 14 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,025 orang, daripada 2.9 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, sembilan daripada 14 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian  itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan mengambil masa bagi menentukan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik. Sementara itu, terdapat 65,952 kes aktif Covid-19…

Read More