Mampu cecah 20,000 kes harian

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kes harian Covid-19 dijangka mampu melonjak sehingga angka 15,000 dalam masa terdekat, berikutan jumlah warga emas yang masih belum mendapatkan dos penggalak agak tinggi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sejumlah sejuta golongan berkenaan masih belum mengambil dos penggalak.

“Kes akan mencecah 15,000 tidak lama lagi. Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak.

“Tolong maklum kepada ibu bapa kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, kes harian berisiko melonjak sehingga mencecah lebih 20,000 kes menjelang hujung bulan depan.

Beliau berkata, situasi itu boleh berlaku sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) virus itu kekal pada kadar 1.2

Katanya, unjuran itu berdasarkan model Pemerhatian dan Unjuran Kes Harian SEIR oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, beliau yakin tahap keparahan wabak itu dapat dikurangkan walaupun kes bakal melonjak tinggi, berikutan kadar vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi.

Related posts

Leave a Comment