Thailand catat 10,879 kes baharu

BANGKOK 6 Feb. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan jumlah kes terus meningkat kepada 10,879 serta 20 kematian berbanding 10,490 kes dan 21 kematian semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 10,701 kes tempatan dan 178 kes import dari beberapa negara.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini sejak awal 2020 adalah 2,497,001 termasuk 273,566 kes pada tahun ini dengan jumlah kes sembuh pula sebanyak 2,383,673.

Manakala jumlah kematian pula adalah 22,291 orang sejak pandemik bermula.

Semalam sebanyak 8,285 orang pesakit dilaporkan sembuh.

Sementara itu Jabatan Kawalan Penyakit meminta orang ramai tidak panik dengan peningkatan kes harian yang kini melebihi 10,000 kes.

Untuk rekod, kes harian tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada 18 Ogos 2021 iaitu 23,418 dengan kematian tertinggi pada 13 Ogos 2021 sebanyak 312.

Related posts

Leave a Comment