14 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 6 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 14 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,025 orang, daripada 2.9 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, sembilan daripada 14 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian  itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan mengambil masa bagi menentukan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik.

Sementara itu, terdapat 65,952 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada  jumlah itu, 57,895 individu atau 87.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,205 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,729 kes di hospital dan 123 di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU membabitkan 56 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 67 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment