Peningkatan berterusan di Indonesia

JAKARTA 6 Feb. – Indonesia melaporkan 36,057 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, yang menunjukkan peningkatan berterusan kes positif berbanding 33,729 yang direkodkan semalam.

Pertambahan kes itu berlaku di 34 wilayah dan dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,516,480.

Daripada jumlah kesbaharu ini, Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 15,825, Jawa Barat 7.603,, Banten 4,649, Jawa Timur 2,218, Bali 1,918 dan Jawa Tengah 1,159.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh pada hari ini bertambah 10,569 orang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,183,027.

Sebanyak 57 kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia meningkat kepada 144,554 orang.

Kes aktif pula meningkat kepada 188,899 berikutan pertambahan 25,431 kes aktif baharu .

Related posts

Leave a Comment