Kadar kebolehjangkitan 1.20

PUTRAJAYA 6 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam naik sehingga 1.20 berbanding 1.13 pada hari sebelumnya.

Perlis terus kekal mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.49 berbanding 1.33 pada hari sebelumnya diikuti Sabah 1.41 yang sebelumnya 1.29, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.29 dan Kedah 1.22.

Negeri yang mencatatkan kadar di bawah 1.20 adalah Selangor 1.19, Sarawak 1.17, Pulau Pinang 1.17, Johor 1.16, Pahang 1.14, Terengganu 1.13, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.12, Melaka 1.11, Perak 1.10 dan Negeri Sembilan 1.10.

Sementara itu Kelantan pula merekodkan 1.08 dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 15 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment