Kluster Bunga kapal di PD

SATU kluster baharu yang terpencil (isolated) telah dikenalpasti melibatkan kakitangan yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan. Kapal yang terlibat ini mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 34 orang krew kapal yang bertugas dalam kapal ini telah disaring pada 28 Ogos 2020 bagi tujuan sign-on dan sign-off kapal. Daripada jumlah ini:
• 4 kes dikesan positif Covid-19;
• 6 individu adalah negatif; dan
• 24 individu masih menunggu keputusan.

Kes positif Covid-19 kluster ini melibatkan 2 orang warganegara Malaysia dan 2 orang bukan warganegara. Keempat-empat kes positif ini tidak bergejala dan pada awalnya dikuarantin di sebuah hotel di Selangor. Setelah dikesan positif, mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Justeru, tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan proses nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan

Related posts

One Thought to “Kluster Bunga kapal di PD”

  1. Bagus sekali, terima kasih informasinya

Leave a Comment