Pelantikan penggal ketiga

KUALA LUMPUR 28 Feb.  – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengurniakan surat cara pelantikan menyambung khidmat kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Pelantikan itu bagi menyambung khidmat selama dua tahun lagi dan ini merupakan penggal ketiga Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak.

Lantikan pertama adalah pada 1 Mac 2014 hingga 28 Februari 2018, manakala lantikan kedua pada 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2022.

Menurut Facebook Istana Negara, istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Dr Maximus Ongkili, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Hasbi Habibollah.

Abdul Taib pernah memegang jawatan ketua menteri selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 setelah menggantikan bapa saudaranya,  Abdul Rahman Ya’kub. Mula menceburi politik pada tahun 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

Related posts

Leave a Comment