34,976 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 28 Feb. –  Indonesia merekodkan 25,054 kes baharu Covid-19, angka yang  menunjukkan penurunan berbanding 34,976 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,564,448.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan 43,992 pesakit pulih yang meliputi 42,939 kes tempatan dan 1,053 import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,861,415.

Sebanyak 262 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 148,335 orang manakala jumlah kes aktif pula bertambah sebanyak 19,200 menjadikan 554,698.

Sementara itu Jakarta merekodkan pertambahan 7,300 kes baharu diikuti Jawa Barat 3,745, Jawa Tengah 2,905, Jawa Timur 2,233 dan Yogyakarta menambah 1,253 kes baharu.

Bagi kes sembuh pula, Jakarta merekodkan tambahan 11,384 iaitu 10,447 kes tempatan dan 937 kes import, diikuti Jawa Tengah 6,127,  Jawa Barat 5,858,  Banten 4,773  serta Jawa Timur 4,622.

Jakarta juga merekodkan kes kematian harian tertinggi iaitu 55 kes, diikuti Jawa Timur 54 kes, Jawa Tengah 41, Jawa Barat 16 kes, serta Yogyakarta 15 kes.

Mengenai program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama melebihi 190 juta atau 190,672,557 manakala penerima dos kedua sebanyak 143,778,623 dan dos ketiga sebanyak 9,809,784 orang.

Related posts

Leave a Comment