Angka jangkitan bawah 1,000 kes

MANILA 28 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan angka jangkitan di bawah 1,000 dengan merekodkan 951 kes berbanding 1,038 yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Filipina setakat ini meningkat kepada 3,661,997.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 50 orang dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,451 kematian.

DoH juga merekodkan 1,717 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 3,553,367 orang atau 97.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 52,179 kurang sedikit berbanding 52,961 kes yang direkodkan semalam.

DoH juga memaklumkan daripada 951 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 895 (94%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (15 Februari – 28 Februari 2022).

Related posts

Leave a Comment