13,450 kes baharu Singapura

SINGAPURA 28 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 13,544 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 13,450 jangkitan tempatan dan 94 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 724,424 orang.

Sebanyak 11,571 kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada 28 kes import dan 11,543 jangkitan tempatan.Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 1,973 kes disahkan menerusi ujian PCR. 1,907 adalah jangkitan tempatan manakala 66 adalah kes import.

Sementara kes kematian pula 12 orang dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,019 orang.

Seramai 1,649 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 1,553 semalam di mana 221 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 49 dipantau rapi di ICU manakala 18,884 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment