24 ADUN BN, PN sepakat akur arahan

SEREMBAN 20 Nov. – Seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan dan ketetapan parti. Timbalan Pengerusi BN,  Mohamad Hasan berkata, kata sepakat itu dicapai hasil perjumpaan khas yang diadakan di Wisma UMNO Negeri Sembilan, di sini, malam ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik apa ketetapan yang akan dibuat parti. Katanya, mesyuarat hari ini dihadiri 22 ADUN BN dan PN, dengan semuanya sepakat dengan keputusan perjumpaan itu. Dua lagi…

Read More

Guna otak, fahami sensitiviti orang Islam.

SEPANG 20 Nov. – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, membidas kenyataan Khoo Poay Tiong, yang seolah-olah menggambarkan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu bagi memberi laluan untuk solat Jumaat memberi kesan kepada perniagaan komuniti bukan Islam. Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka berkata, kira-kira 97 peratus rakyat Terengganu beragama Islam dan tempoh penutupan selama dua jam bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat adalah bagi membolehkan pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat. “Solat Jumaat adalah wajib kepada lelaki beragama Islam yang ditunaikan…

Read More

Tindakan Poay Tiong diselar rakan

SEPANG 20 Nov.  – Dua pemimpin DAP dan PKR menyelar tindakan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, yang mempersoal arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berhubung penutupan operasi premis perniagaan selama dua jam setiap hari Jumaat. Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Young Syefura Othman dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim menggesa Poay Tiong tidak mencampuri urusan pentadbiran di negeri lain. Young Syefura yang juga Naib Ketua Wanita DAP Kebangsaan berkata, Poay Tiong tidak sepatutnya mencampuri urusan berkaitan Melayu dan Islam, selain cuba mengatur…

Read More

Ismail perlu buktikan sokongan majoriti ADUN

SEREMBAN  20 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh,  Ismail Lasim yang dilapor meletak jawatan baru-baru ini perlu menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ADUN untuk terus memegang jawatan Menteri Besar. Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan juga menjelaskan, adalah tidak tepat dan tidak berdasarkan fakta untuk mengatakan Istana mahu Ismail kekal sebagai Menteri Besar memandangkan beliau sendiri menegaskan tidak meletakkan jawatan. Menurut kenyataan itu, pihak Istana akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan. “Merujuk kenyataan Istana bertarikh 17 November 2026 berhubung surat peletakan jawatan Ismail bertarikh 16 November…

Read More

Proklamasi 19 April tidak sah

SEREMBAN 20 Nov. – Menteri Besar, Ismail Lasim menegaskan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang dikeluarkan pada 19 April lalu sebagai tidak sah, tidak mempunyai apa-apa kesan dan tidak akan diwartakan. Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos lalu mengulangi sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Beliau juga menegaskan, kerajaan negeri tidak akan menyokong, membantu atau memudahkan sebarang usaha mana-mana pihak untuk mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar. “Bersaksikan al-Quran,…

Read More

Aku janji pertahan institusi raja

SEREMBAN 20 Nov. – Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menyatakan komitmen untuk memastikan seluruh anggota kerajaan negeri terus menghormati dan mempertahankan kedaulatan institusi diraja serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Ketika membacakan aku janjinya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh juga mengakui kekhilafan dalam menerajui pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini susulan kemelut yang melibatkan institusi adat dan pentadbiran negeri. “Saya menurunkan aku janji ini dengan memahami sepenuhnya kandungan aku janji ini dan kesannya. Ianya dibuat atas kesedaran saya yang telah khilaf dalam menerajui kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini.…

Read More

Ismail kekal MB Negeri Sembilan

SEREMBAN 20 Nov. – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menitahkan supaya Ismail Lasim yang dilaporkan meletak jawatan baru-baru ini terus kekal sebagai Menteri Besar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu memaklumkan demikian dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, selepas selesai menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap di sini, pagi tadi. Sesi menghadap Tuanku Muhriz yang bermula pukul 10.30 pagi selesai pada pukul 11.35 pagi. Justeru Ismail, 67 menegaskan akan memberikan komitmen untuk terus melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi. Beliau…

Read More