Kes di Indonesia 89,869

INDONESIA merekodkan 1,655 kes baharu Covid-19;dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 89,869 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 81 lagi kematian dilaporkan.MDengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 pada 21 Julai adalah sebanyak 4,320 orang.

Sebanyak 44,003 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kes dan kematian keseluruhan tertinggi iaitu 18,828 kes dan 1,461 kematian. Kematian pula melibatkan  748 di Jakarta, Jawa Tengah (374), Sulawesi Selatan (284) dan selebihnya di wilayah lain.

Jakarta pula merekodkan 17,279 kes positif .

SINGAPURA merekodkan 399 jangkitan baharu Covid-19 dengan sebahagian besar melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya memaklumkan, sembilan daripadanya adalah kes penularan dalam komuniti melibatkan satu warga tempatan dan lapan pemegang pas kerja. Tiga kes import turut dilaporkan dengan kesemua yang terlibat diletakkan di bawah kuarantin di rumah

Susulan perkembangan terkini itu, jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 48,434 kes. Setakat ini,  44,371 pesakit atau  92 peratus daripada jumlah keseluruhan telah pulih dan masih terdapat 183 kes yang disahkan dirawat di hospital dengan kebanyakannya stabil . Jumlah kematian pula kekal 27.

THAILAND merekodkan lima kes baharu, semuanya melibatkan mereka yang dikuarantin selepas pulang dari Mesir, Jepun dan Sudan.

Kes baharu melibatkan seorang pelajar, 26 yang tiba dari Jepun pada 7 Julai lalu. Dia didapati demam dan dihantar ke hospital

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Taweesilp Visanuyothin memberitahu, tiga lagi kes melibatkan pelajar berusia 20,25 dan 28 yang tiba dari Mesir pada 8 Julai. Sebelum ini, lapan kagi dari penerbangan sama disahkan positif.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah 3,255 manakala jumlah kematian kekal 58 setelah tiada kes baharu dilaporkan.

Setakat ini, 500 rakyat Thai pulang dari Sudan dan 23 daripada mereka dijangkiti manakala 780 dari Mesir di mana 22 dijangkiti dan empat daripada 1,983 yang pulang dari Jepun disahkan positif.

FILIPINA setakat pukul 4 petang 21 Julai 2020, merekodkan 1,951 kes yang disahkan dilaporkan berdasarkan jumlah ujian yang dilakukan oleh 73 daripada 84 makmal .

Jabatan Kesihatan melaporkan jumlah kes Covid-19 adalah sebanyak 70,764 sementara 209 kes pulih. Ini membawa jumlah keseluruhan pemulihan adalah 23,281.

Related posts

Leave a Comment