Kadar kebolehjangkitan melonjak

PUTRAJAYA 27 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam melonjak kepada 1.13 berbanding 1.09, yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Dua negeri mengatasi kadar itu, iaitu Negeri Sembilan 1.18 berbanding 1.13 sebelumnya dan Kedah 1.14 yang sebelumnya 1.09.

Johor merekodkan 1.12, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing 1.07, Melaka 1.06, Kelantan 1.04, diikuti Sabah, Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 1.02, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.01 dan Perak 1.00.

Sementara itu, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang merekodkan kurang dari 1.00 iaitu 0.85.

Perlis merekodkan 17 kes, Sarawak 13 dan Wilayah Persekutuan Labuan satu kes.

Related posts

Leave a Comment