Riyadh mendahului kes Covid-19

RIYADH 27 Jan. – Arab Saudi merekodkan 4,738 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 670,997. Dalam tempoh 24 jam juga, dua lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,929 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), Riyadh mendahului dengan 1,559 kes diikuti Jeddah 573, Dammam 189, Hofuf 172, Makkah 156 dan Jazzan 114. Sebanyak 4,973 orang dilaorkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 622,087 orang pulih. Dalam kalangan kes aktif pula sebanyak 852 dalam keadaan kritikal.

Read More

Indonesia catat peningkatan kes

JAKARTA 27 Jan. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila jumlah yang direkodkan meningkat kepada 8,077 kes berbanding 7,010 yang dilaporkan semalam. Dalam tempoh yang sama, tujuh lagi dilaporkan meninggal dunia, juga satu peningkatan berbanding sebelum ini antara satu hingga tiga kematian sehari. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,309,270 manakala jumlah kematian pula 144,261. Sebanyak 1,643 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,129,305 manakala kes aktif pula 6,427 menjadikan jumlah keseluruhan 35,704 kes. Pemerintah juga mencatat 9.820 suspek…

Read More

Peningkatan kes di Thailand

BANGKOK 27 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand kini melepasi 8,000 kes selepas mencatatkan 8.078 berbanding 7,587 yang direkodkan semalam. Angka kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 22 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding 19 yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,407,022 manakala jumlah kematian pula 22,098 orang. Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 46 dan 96 tahun, Daripada 8,078 kes, sebanyak 7,816 adalah dalam kalangan penduduk awam, 37 kes penghuni penjara dan 225 adalah kes import. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu…

Read More

Kes harian lepasi 5,000

PUTRAJAYA 27 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi angka 5,000 dengan merekodkan 5,439 kes baharu setakat pukul 12 tengah hari ini. Kali terakhir negara merekodkan kes melebihi 5,000 adalah pada 1 Disember 2021 dengan 5,439 kes. Sejak awal tahun ini, jumlah kes yang direkodkan adalah antara 2,000 hingga 4,000 di mana semalam merekodkan 4,744 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jangkitan kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,850,408 kes. Katanya, sebanyak 5,107 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 332 lagi…

Read More

46 kes jangkitan baharu Brunei

BERAKAS 27 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 46 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 16,252 orang. Menurut kenyataan MoH, daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 adalah kes tempatan manakala 20 lagi adalah kes import. Jumlah kes baharu adalah hasil daripada 2,358 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Sebanyak 44 kes dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 15,787 dengan kes aktif pula 363. Jumlah kematian pula kekal kepada 59 orang apabila tiada kes baharu dilaporkan. Sementara itu, kadar…

Read More

18,191 kes baharu Covid-19

MANILA 27 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 18,191 kes baharu Covid-19, satu peningkatan kes harian berbanding 15,789 yang dicatatkan semalam. Jumlah kematian harian juga menunjukkan peningkatan iaitu 74 orang berbanding semalam 66 orang yang direkodkan meninggal dunia. Dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat pukul 4 petang ini adalah 3,493,447 dengan jumlah kematian pula sebanyak 53,736 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 22,014 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3,213,190 orang atau 92.0 peratus pulih. Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 6.5…

Read More

Mazlan terasa hati dengan Muhyiddin

JOHOR BAHRU 27 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang yang keluar Bersatu hari ini ‘terasa hati’ dengan tindak tanduk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin. Mazlan mendakwa, Muhyiddin tidak pernah hadir atau menghantar wakil dalam mesyuarat pimpinan negeri ketika beliau menjadi Pengerusi Bersatu Johor. “Selama saya dilantik sebagai Pengerusi Bersatu negeri dengan surat lantikan Muhyiddin sendiri, saya diboikot dan tak pernah Bersatu Bahagian Pagoh hantar wakil dalam mesyuarat pimpinan negeri. “Namun apabila jawatannya diambil Muhyiddin, perlu ke saya hadir untuk menghormatinya sedangkan beliau tak pernah…

Read More

Ketua Bersatu Tebrau keluar parti

JOHOR BAHRU 27 Jan. – Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi Bersatu Johor, berkata, setakat ini beliau tidak menyertai mana-mana parti namun menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Katanya, keputusan itu diambil selepas menilai dan menimbang perkara itu sejak sekian lama dengan pemikiran yang waras. Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha Bahagian dan 23 ketua cawangan, ahli jawatan kuasa serta pegawai bahagian Tebrau.…

Read More

PKR 20 Amanah 20 DAP 16

JOHOR BAHRU 27 Jan. – PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing akan bertanding 20 kerusi manakala DAP 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata keputusan berkenaan dimuktamadkan kelmarin manakala calon yang akan bertanding masih dalam proses akhir dimuktamad dan disahkan. Katanya, ketiga-tiga parti akan berbincang semula bagi memuktamadkan agihan dengan parti lain yang mahu bertanding bersama PH, termasuk Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan). “Keputusan parti lain bersama PH pada PRN Johor ini…

Read More