Peningkatan kes di Thailand

BANGKOK 27 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand kini melepasi 8,000 kes selepas mencatatkan 8.078 berbanding 7,587 yang direkodkan semalam.

Angka kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 22 orang dilaporkan meninggal dunia berbanding 19 yang direkodkan semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 2,407,022 manakala jumlah kematian pula 22,098 orang.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 46 dan 96 tahun,

Daripada 8,078 kes, sebanyak 7,816 adalah dalam kalangan penduduk awam, 37 kes penghuni penjara dan 225 adalah kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,427 diikuti Samut Prakan 692, Nonthaburi 460, Chon Buri 334, Phuket 332, Khon Kaen 247,

Nakhon Si Thammarat 204, Pathum Thani 195, Ratchaburi 187 dan 129 kes setiap satu di Udon Thani dan Lop Buri.

Berkaitan kes import pula, ia turut melibatkan 85 kes dari Rusia , Kazakhstan 20, Perancis 13, Denmark (8) dan tujuh kes masing-masing dari Jerman, United Kingdom dan Australia.

Related posts

Leave a Comment