Kes harian lepasi 5,000

PUTRAJAYA 27 Jan. – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi angka 5,000 dengan merekodkan 5,439 kes baharu setakat pukul 12 tengah hari ini.

Kali terakhir negara merekodkan kes melebihi 5,000 adalah pada 1 Disember 2021 dengan 5,439 kes.

Sejak awal tahun ini, jumlah kes yang direkodkan adalah antara 2,000 hingga 4,000 di mana semalam merekodkan 4,744 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jangkitan kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,850,408 kes.

Katanya, sebanyak 5,107 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 332 lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 47 kes (0.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 5,392 kes (99.1 peratus) lagi kategori satu dan dua.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 124 kes dan kes memerlukan bantuan pernafasan ialah 70 kes.

Mengenai pertambahan 22 kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan sehingga kini terdapat 274 kluster penularan Covid-19 yang masih aktif di negara ini.

Related posts

Leave a Comment