18,191 kes baharu Covid-19

MANILA 27 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 18,191 kes baharu Covid-19, satu peningkatan kes harian berbanding 15,789 yang dicatatkan semalam.

Jumlah kematian harian juga menunjukkan peningkatan iaitu 74 orang berbanding semalam 66 orang yang direkodkan meninggal dunia.

Dengan perkembangan ini,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat pukul 4 petang ini adalah 3,493,447 dengan jumlah kematian pula sebanyak 53,736 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 22,014 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3,213,190 orang atau 92.0 peratus pulih.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan dalam negara, sebanyak 6.5 peratus atau 226,521 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment