284 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

KUALA LUMPUR 18 April – Kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah, hari ini. Mereka tiba sekitar pukul 8.21 pagi waktu tempatan dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4.09 pagi (waktu Malaysia). Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, ketibaan rombongan itu disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman; Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Ridzuan Wahi; Konsul Haji Malaysia di Jeddah,…

Read More

Dakwaan PKR tanding solo tidak tepat

JOHOR BAHRU 18 April – Laporan yang mendakwa PKR akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang adalah adalah tidak tepat serta mengelirukan, kata Pengerusi PKR Johor Dr Zaliha Mustafa. Beliau menyifatkan dakwaan itu bersifat spekulatif serta tidak mencerminkan kedudukan sebenar perbincangan di peringkat parti mahupun Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRN yang dijangka berlangsung hujung tahun ini. “Sebarang pertimbangan berkaitan strategi menghadapi PRN Johor akan ditentukan melalui proses perundingan yang tersusun di peringkat dalaman  pimpinan parti dan dibincangkan juga di peringkat  Pakatan Harapan Negeri serta…

Read More

Tiada kemajuan ketara rundingan Hamas, AS

ISTANBUL – Tiada kemajuan ketara dalam rundingan antara Hamas dan Amerika Syarikat (AS) di Kaherah dalam usaha untuk memajukan fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Menurut sumber,  “rundingan berakhir tanpa kemajuan ketara ke arah peralihan ke fasa kedua,” susulan perbezaan pandangan mengenai syarat utama. Rundingan itu, yang pertama sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober 2025, diadakan sebagai sebahagian usaha melengkapkan perjanjian gencatan senjata di bawah pelan yang dicadangkan oleh Presiden AS Donald Trump. Ia menghimpunkan Ketua Hamas di Gaza Khalil al-Hayya, pegawai Mesir, utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…

Read More

AS akan bawa pulang uranium Iran

PHOENIX – Presiden Donald Trump mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan bersama-sama mengeluarkan uranium dari tapak nuklear Tehran di bawah perjanjian damai, sebelum bahan itu dipindahkan ke wilayah AS. Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Kementerian Luar Iran sebelum ini, menegaskan bahawa stok uranium diperkaya milik Republik Islam itu tidak akan dipindahkan ‘ke mana-mana’. “Seseorang bertanya, bagaimana kita akan mendapatkan ‘habuk nuklear’ itu? Kita akan mendapatkannya bersama Iran, dengan menggunakan banyak jentera pengorek. “Kita memerlukan jentera pengorek terbesar yang boleh anda bayangkan tetapi kita akan masuk bersama Iran. Kita…

Read More