Penerima dos penggalak kini 10.7 juta

PUTRAJAYA 24 Jan. – Sebanyak 129,378 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah penerima dos berkenaan meningkat kepada 10,701,460 orang atau 45.7 peratus daripada penduduk dewasa.

Menurut data COVIDNOW, jumlah penduduk dewasa yang lengkap vaksinasi sehingga malam tadi adalah 22,915,836 orang atau 97.9 peratus manakala 23,193,511 atau 99.1 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.7 peratus atau 25,696,249 melengkapkan vaksinasi mereka manakala 26,057,672 atau 79.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula sebanyak 2,780,413 atau 88.3 peratus mendapat dua dos manakala 91.0 peratus atau 2,864,161 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan sebanyak 131,168 dos vaksin didaftarkan semalam yang meliputi 973 dos pelengkap, 817 dos pertama dan bakinya dos penggalak yang membawa kepada jumlah dos yang disuntik setakat ini 62,251,745.

Related posts

Leave a Comment