Sembilan kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,892 orang, daripada lebih 2.83 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 45,120 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 37,491 individu atau 83.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,644 orang ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 2,842 kes di hospital, 143 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) manakala 90 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 53 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment