863 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 16 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 863 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes terkumpul di Singapura sebanyak 291,849.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 500 adalah kes dalam masyarakat dan 363 lagi adalah kes import.

Menurut MoH, jumlah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pula setakat ini kekal 843 orang apabila tiada kematian baharu dilaporkan.

Di samping itu MoH juga mengesan 675 kes baharu varian Omicron di mana 422 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 253 lagi adalah kes import.

Sebanyak 823 pesakit dibenarkan keluar hospital manakala 196 pesakit masih dirawat, meningkat berbanding 181 semalam dan lapan orang memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 13 lagi dipantau rapi di ICU.

Mengenai vaksinasi, sebanyak, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember lalu.

Related posts

Leave a Comment