Thailand lapor 8,077 kes baharu

BANGKOK 16 Jan. – Kes jangkitan harian Covid-19 meningkat hari ini dengan merekodkan 8,077 kes baharu berbanding 7,793 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,324,485 kes.

Sembilan lagi kematian dilaporkan, berbanding 18 yang direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 21,925 orang meninggal dunia.

Terdapat 7,784 kes dalam kalangan penduduk awam, 11 melibatkan penghuni penjara dan 282 kes import.

Bangkok merekodkan 789 kes jangkitan diikuti 705 di Samut Prakan, 692 di Chon Buri, 400 di Phuket dan 387 di Nonthaburi.

Sebanyak 4,887 kes dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 2,222,011 orang.

Related posts

Leave a Comment