Kadar kebolehjangkitan 0.99

PUTRAJAYA 15 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian turun kepada 0.99 semalam berbanding 1.00 yang direkodkan dua hari berturut-turut sebelum itu.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, enam  negeri merekodkan kadar Rt sama atau melebihi 0.99.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kadar 1.08, Sabah 1.04, Negeri Sembilan 1.02, Selangor 1.01 dan Melaka 1.00.

Ini diikuti Johor yang merekodkan kadar 0.99.

Pulau Pinang merekodkan 0.97, Kedah 0.95, Pahang 0.93, Perak 0.92, Kelantan 0.90 dan Terengganu 0.80.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 15 kes,Sarawak 13 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya 5 dan Perlis 3 kes.

Related posts

Leave a Comment