Tiada solat Jumaat di Perlis

TIADA solat Jumaat di Perlis hari ini. Keputusan itu dibuat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berikutan wabak Covid-19.

Menurut kenyataan MAIPs yang ditandatangani oleh Raja Muda Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing.

“ Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan yang meminta agar perhimpunan berskala besar termasuk aktiviti agama hendaklah dielakkan,” kata kenyataan itu.

Raja Muda yag juga Yang Dipertua MAIPs meminta pengurusan masjid di Perlis  mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar..

Sementara itu di PAHANG, Pemangku Raja Pahang menitahkan semua masjid di negeri itu mengadakan doa qunut nazilah sewaktu solat Jumaat dan Subuh secara berterusan sehingga keadaan Covid-19 terkawal.

Related posts

Leave a Comment