805 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 805 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini termasuk 439 kes import dan dua kematian. Menurut MoH, sebanyak 440 kes varian Omicron disahkan hari ini di mana 138 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 302 kes import. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 282,401 dengan jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 834. Terdapat 353 kes baharu  dalam masyarakat dan 13 kes baharu di asrama pekerja asing. Sementara itu sebanyak 185 pesakit masih dirawat…

Read More

16 kes baharu, 1 kematian di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Jan. – Sebanyak 16 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Brunei Darussalam hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,532. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, satu kematian juga dilaporkan melibatkan seorang wanita berusia 47 tahun yang mengalami masalah pernafasan akibat jangkitan Covid-19. Menurut Dr Md Isham, daripada jumlah kes harian hari ini, satu adalah kes import manakala bakinya kes tempatan. Jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah hasil daripada 2,568 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Sebanyak…

Read More

76.1% kes Omicron dari Arab Saudi

PUTRAJAYA 5 Jan. – Sebanyak 76.1 peratus atau 928 daripada 1,220 kes positif Covid-19 berkemungkinan varian Omicron yang direkodkan bulan lalu membabitkan jemaah umrah. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata data itu diperoleh hasil ujian PCR Genotyping Assay oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Katanya, ujian itu dibuat terhadap 1,774 kes positif Covid-19 membabitkan pengembara yang tiba di negara ini pada bulan berkenaan. “Ujian PCR Genotyping Assay dijalankan oleh IMR ke atas 1,774 kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di Malaysia untuk tempoh 1 hingga 31 Disember…

Read More

Johor kurangkan jarak makmum

JOHOR BAHRU 5 Jan. – Johor membenarkan jarak antara makmum dalam solat Jumaat dan solat fardhu lima waktu di negeri ini dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter bermula Jumaat ini. Menurut satu kenyataan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memperkenankan pelaksanaan itu mulai 7 Januari iaitu pada Jumaat ini hingga suatu tarikh yang akan diumumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Kenyataan itu dikeluarkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor Md Rofiki Samsudin dan Mufti Negeri Yahya Ahmad hari ini.…

Read More

Kes import Omicron di Tawau

KOTA KINABALU 5 Jan. – Sabah melaporkan kes import varian Omicron Covid-19 yang pertama iaitu di daerah Tawau, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun. Kes seorang lelaki warganegara Malaysia yang pulang daripada menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri pada 9 hingga 18 Disember lalu. Mereka kembali ke Malaysia pada 19 Disember melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Tawau pada 20 Disember. Masidi dalam kenyataannya sebagai Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, setibanya di Tawau, pasangan itu telah diarah untuk menjalani kuarantin di rumah. Keputusan ujian…

Read More

3,054 lonjakan kes di Arab Saudi

RIYADH 5 Jan. – Arab Saudi terus mencatatkan lonjakan kes Covid-19 apabila jumlahnya melepasi angka 3,000 dengan merekodkan 3,054 kes berbanding 2,585 yang dilaporkan semalam. Ini bermakna tiga hari berturut-turut, jumlah kes merekodkan peningkatan ketara di mana pada Isnin sebanyak 1,746 kes direkodkan dan sebelumnya 1,024 (2Januari) dan 846 (1 Januari). Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu berbanding dua kes semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 565,482 orang manakala 8,886 orang telah meninggal dunia. Sebanyak 424 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan…

Read More

10,775 kes baharu Filipina

MANILA 5 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,775 kes baharu Covid-19 meningkat secara mendadak berbanding 5,434 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,871,745. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 58 kematian akibat Covid-19 berbanding 18 semalam yang membawa kepada jumlah yang meninggal dunia setakat ini 51,662 orang. Sebanyak 605 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 2,780,109 orang atau 96.8 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula meningkat kepada 39,974 berbanding 29,809 yang dilaporkan semalam.

Read More

Thailand beri amaran peningkatan kes

BANGKOK 5 Jan. – Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memberi amaran kes harian Covid-19 boleh mencecah ‘berpuluh ribu’ kes sehari jika rakyat meningkatkan kawalan terhadap langkah-langkah membendung penularan wabak itu. Penolong Jurucakap CCSA, Dr.Sumanee Wacharasin, berkata, dua minggu akan datang akan menentukan hala tuju wabak itu di negara ini. “Kita boleh melihat bilangan jangkitan baharu dalam puluhan ribu jika langkah kesihatan diabaikan,” katanya pada taklimat media mengenai pandemik itu. Beliau memberi amaran itu selaras dengan senario yang diunjurkan oleh Kementerian Kesihatan Awam bulan lalu bahawa jangkitan baharu yang didorong oleh…

Read More

Kes baharu Malaysia lepasi 3,000

PUTRAJAYA 5 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini kembali melepasi angka 3,000 selepas Kementerian Kesihatan melaporkan 3,270 kes positif baharu setakat tengah hari ini. Semalam jumlah yang direkodkan adalah 2,842 kes dan 2,690 pada hari sebelumnya dan kali terakhir merekodkan lebih 3,000 adalah pada 1 Januari dengan 3,386 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini adalah  2,773,156 kes. Daripada 3,018 kes penularan tempatan, seramai 2,916 pesakit atau 96.6 peratus adalah warganegara dan 102 kes lagi atau…

Read More