10,775 kes baharu Filipina

MANILA 5 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,775 kes baharu Covid-19 meningkat secara mendadak berbanding 5,434 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,871,745.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 58 kematian akibat Covid-19 berbanding 18 semalam yang membawa kepada jumlah yang meninggal dunia setakat ini 51,662 orang.

Sebanyak 605 lagi pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 2,780,109 orang atau 96.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula meningkat kepada 39,974 berbanding 29,809 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment