3,054 lonjakan kes di Arab Saudi

RIYADH 5 Jan. – Arab Saudi terus mencatatkan lonjakan kes Covid-19 apabila jumlahnya melepasi angka 3,000 dengan merekodkan 3,054 kes berbanding 2,585 yang dilaporkan semalam.

Ini bermakna tiga hari berturut-turut, jumlah kes merekodkan peningkatan ketara di mana pada Isnin sebanyak 1,746 kes direkodkan dan sebelumnya 1,024 (2Januari) dan 846 (1 Januari).

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang lalu berbanding dua kes semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 565,482 orang manakala 8,886 orang telah meninggal dunia.

Sebanyak 424 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 543,553 orang pesakit pulih daripada Covid-19.

Dalam kalangan kes aktif, sebanyak 109 berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Fahad Al-Jalajel berkata,  Arab Saudi menjangkakan peningkatan kes dalam beberapa hari akan datang berikutan perkembangan semasa.

Bagaimanapun, berikutan vaksinasi, kesannya membantu pengurangan kemasukan ke hospital dan timbul kebimbangan terhadap orang ramai yang belum menerima dos vaksin mereka.

Katanya, kebanyakan mereka yang kini dalam rawatan rapi tidak mendapat imunisasi sepenuhnya terhadap virus itu.

Related posts

Leave a Comment