805 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 805 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini termasuk 439 kes import dan dua kematian.

Menurut MoH, sebanyak 440 kes varian Omicron disahkan hari ini di mana 138 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 302 kes import.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 282,401 dengan jumlah yang meninggal dunia pula meningkat kepada 834.

Terdapat 353 kes baharu  dalam masyarakat dan 13 kes baharu di asrama pekerja asing.

Sementara itu sebanyak 185 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 181 semalam termasuk 17 kes memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, tiga kes dipantau rapi di ICU dan 14 sakit tenat.

Seramai 453 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, sebanyak, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Related posts

Leave a Comment