Kadar kebolehjangkitan kekal 0.93

PUTRAJAYA 29 Dis. – Hari kedua berturut-turut, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara kekal pada 0.93 semalam, sama seperti dilaporkan pada hari sebelumnya.

Empat negeri menyamai atau merekodkan kadar lebih tinggi,  didahului Terengganu dengan 1.00, diikuti Johor 0.95, Perak 0.94 dan Kedah 0.93.

Dua belas negeri merekodkan kadar di bawah 0.93 iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.92, Pulau Pinang 0.92, Kelantan 0.91, Selangor 0.91, dan Negeri Sembilan 0.90.

Ini diikuti Melaka 0.89, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.89, Perlis 0.87, Pahang 0.87, Sabah 0.85, Wilayah Persekutuan Labuan 0.73 dan Sarawak 0.71.

Related posts

Leave a Comment