5,727,151 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 29 Dis. – Jumlah individu mendapatkan dos penggalak terus menunjukkan peningkatan apabila 145,179 lagi menerima dos itu berbanding 120,092 pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah penerima dos penggalak setakat semalam meningkat kepada 5,727,151 orang atau 17.5 peratus daripada populasi keseluruhan.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25,596,683 populasi keseluruhan atau 78.4 peratus telah lengkap divaksinasi manakala 79.6 peratus atau 25,985,559 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22,846,708 individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.9 peratus atau 23,142,519  telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,749,975 individu atau 87.4 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.4 peratus atau 2,843,040 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Terdapat pertambahan 153,228 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 57,112,144.

Related posts

Leave a Comment