DUA dos vaksin tidak mencukupi untuk menghalang jangkitan varian Omicron sebaliknya , dos penggalak atau dos ketiga dilaporkan berupaya melindungi sekitar 75 peratus daripada gejala Covid-19.
Menurut saintis di United Kingdom (UK), analisis awal kes varian Omicron dan Delta di negara itu menunjukkan, vaksin kurang berkesan untuk mengelak daripada dijangkiti varian baharu itu.
UK terus mencatatkan 448 lagi kes baharu Omicron menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,265 kes.
Manakala jumlah kes harian meningkat kepada lebih 58,000 pada Jumaat – angka tertinggi sejak 9 Januari.
Salah satu kebimbangan varian Omicron ini ia sangat mudah bermutasi dan menjadikan vaksin kurang berkesan.
Analisis turut menunjukkan keberkesanan untuk vaksin AstraZeneca dan penurunan ketara dua dos Pfizer-BioNTech.