20.6 peratus terima dos penggalak

PUTRAJAYA 11 Dis. – Sebanyak 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 2,735,048 orang di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,839,145 individu atau 90.2 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 97.2 peratus atau 22,758,472 individu telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi populasi keseluruhan sebanyak 78.1 peratus atau 25,493,520 lengkap divaksinasi manakala 79.4 peratus atau 25,918,025 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 20.6 peratus atau 3,529,881 individu telah menerima dos penggalak.

Secara keseluruhan , vaksinasi harian semalam adalah 123,868 dos  membabitkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,748,772 dos.

Related posts

Leave a Comment