Jumlah kes harian turun sedikit

PUTRAJAYA 11 Dis. – Selepas tiga hari merekodkan angka jangkitan Covid-19 melebihi 5,000, jumlah itu turun kepada 4,626 kes setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,688,149 kes. Ketua Pengaeah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, terdapat 20 kes import di mana melibatkan 15 warganegara dan lima bukan warganegara manakala bagi kes tempatan, 4,440 warganegara (96.4%); 166 bukan warganegara (3.6%). Katanya, sebanyak 4,690 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,596,509 kes. Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 95 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3,…

Read More

87 terima darjah bintang kebesaran

SHAH ALAM 11 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran Negeri Selangor kepada 87 individu termasuk sebahagian besar adalah petugas barisan hadapan sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-76, hari ini. Petugas barisan hadapan yang terpilih adalah pegawai dan kakitangan kesihatan, tentera, pihak pengurusan jenazah Covid-19, bomba dan polis. Bagi Darjah Kerabat Selangor, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Kedua (D.K.II) kepada Ahli Dewan di-Raja Selangor yang juga Orang Besar Bergelar, Tengku Ramli Al-Haj Tengku Shahruddin Shah Al-Haj. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali…

Read More

Kaji Sinovac bagi kanak-kanak

SIBU 11 Dis. – Kementerian Kesihatan  mengumpul 663 sampel di seluruh negara untuk kajian bagi menentukan sama ada vaksin Sinovac sesuai diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun dalam pencegahan penularan Covid-19. Timbalan Menteri Kesihatan Aaron Dagang berkata kajian yang ditaja oleh Sinovac Life Sciences Company Limited, China diadakan di sembilan hospital termasuk Hospital Sibu dan Hospital Miri di Sarawak dan melibatkan 2,000 kanak-kanak. Menurutnya, dapatan awal kajian tersebut boleh diperoleh antara tempoh enam bulan hingga setahun dan daripada jumlah sampel itu sebanyak 508 adalah dari Sarawak. Sasaran kajian…

Read More

20.6 peratus terima dos penggalak

PUTRAJAYA 11 Dis. – Sebanyak 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 2,735,048 orang di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,839,145 individu atau 90.2 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 97.2 peratus atau 22,758,472 individu telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sementara itu, bagi populasi keseluruhan sebanyak 78.1 peratus atau 25,493,520 lengkap divaksinasi manakala 79.4 peratus atau 25,918,025…

Read More

Mi rebus mi goreng Bob Kota Damansara

JEMU makan nasi? Jom cuba mi rebus atau mi goreng di Warung Bob & Family di Jalan Cecawi, Kota Damansara. Mi ala Penang atau Kedah ini sudah tentu ada cucur atau kuih, tauhu, taugeh, dan telur rebus. Bagi yang merindui mi manak utara bolehlah mencuba di sini. Sepinggan RM6, dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Boleh tambah paru, daging atau sotong. Nak tahu sedap atau tidak bolehlah cuba sendiri. Tekak kita tidak sama tetapi bagi saya dari Penang, puas hati dengan mi rebus dan mi goreng Bob. Selamat mencuba.

Read More

Dua dos tidak mampu halang Omicron

DUA dos vaksin tidak mencukupi untuk menghalang jangkitan varian Omicron sebaliknya , dos penggalak atau dos ketiga dilaporkan berupaya melindungi sekitar 75 peratus daripada gejala Covid-19. Menurut saintis di United Kingdom (UK), analisis awal kes varian Omicron dan Delta di negara itu menunjukkan, vaksin kurang berkesan untuk mengelak daripada dijangkiti varian baharu itu. UK terus mencatatkan 448 lagi kes baharu Omicron menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,265 kes. Manakala jumlah kes harian meningkat kepada lebih 58,000 pada Jumaat – angka tertinggi sejak 9 Januari. Salah satu kebimbangan varian Omicron ini ia…

Read More

Lebih 90 % kes ada kaitan Omicron

LEBIH daripada 90 peratus kes baharu di Afrika Selatan adalah berkaitan Omicron dan sehingga Khamis (9 Dis.), negara itu merekodkan 22,391 kes baharu, meningkat daripada kira-kira 200 kes sehari pada awal November. Menurut pihak berkuasa Afrika Selatan, purata kes baharu harian bagi tujuh hari di negara itu meningkat sejak dua minggu lalu daripada 3,571 pada 25 November kepada 15,043 kes baharu sehari pada 9 Disember. Namun, purata kematian harian tujuh hari di Afrika Selatan tidak meningkat sejak dua minggu lalu iaitu sekitar 0.03 hingga 0.05 kematian bagi setiap 100,000 orang.…

Read More

Singapura, Portugal vaksinasi kanak-kanak

SINGAPURA dan Portugal akan memulakan proses vaksinasi Covid-19 melibatkan kanak-kanak berumur lingkungan lima hingga 11 tahun sebelum akhir tahun ini bagi membendung penularan pandemik itu. Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura semalam (10 Disember) mengesahkan pemberian itu dipercepatkan sebelum akhir tahun ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan kumpulan itu. Dos yang digunakan untuk kanak-kanak adalah satu pertiga daripada dos yang digunakan pada orang dewasa, sama seperti di Amerika Syarikat. Menurut MoH, pada masa ini, hanya vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan untuk kegunaan kanak-kanak di Singapura. Singapura yang telah memberi vaksin kepada…

Read More

44 kematian akibat Covid-19

PUTRAJAYA 11 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 30,831 orang, daripada 2.67 juta kes yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak yang ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu tetapi proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 60,873 kes aktif…

Read More