44 kematian akibat Covid-19

PUTRAJAYA 11 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 30,831 orang, daripada 2.67 juta kes yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak yang ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu tetapi proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 60,873 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 49,753 individu atau 81.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,107 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 4,620 kes dirawat di hospital dan 393 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 181 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 212 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment