Jumlah kes harian turun sedikit

PUTRAJAYA 11 Dis. – Selepas tiga hari merekodkan angka jangkitan Covid-19 melebihi 5,000, jumlah itu turun kepada 4,626 kes setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,688,149 kes.

Ketua Pengaeah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, terdapat 20 kes import di mana melibatkan 15 warganegara dan lima bukan warganegara manakala bagi kes tempatan, 4,440 warganegara (96.4%); 166 bukan warganegara (3.6%).

Katanya, sebanyak 4,690 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,596,509 kes.

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 95 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 4,531 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.kes

Sementara itu, kenyataan KKM memaklumkan Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 396 kes (344 kes disahkan COVID-19 ;  52  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 211 kes (146 kes disahkan Covid-19 ; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,035 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,785 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 250 kluster.

Daripada 4,626 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 95 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,531 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Related posts

Leave a Comment