Pelajar IPG cetus kluster baharu

KOTA KINABALU 8 Dis. – Seramai 27 pelajar wanita Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Baru dijangkiti Covid-19 sekali gus mencetuskan satu lagi kluster baharu, Kluster Jalan Tuaran Bakut. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata kluster dalam kategori institusi pendidikan itu dikenal pasti di daerah Tuaran. Kes indeks ialah pelajar wanita warga tempatan berusia 20 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui ujian PCR pada 27 November lepas dalam saringan bergejala. Menurut Masidi, saringan kontak rapat dan saringan bergejala ke atas 134 orang mendapati 26 kes positif, menjadikan jumlah…

Read More

Kes jangkitan lepasi 5,000

PUTRAJAYA 8 Dis. – Malaysia kembali merekodkan angka 5,000 apabila kes jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 5,020 kes hari ini berbanding 4,965 kes yang dilaporkan semalam. Selepas empat hari mencatatkan lebih 4,000 kes harian, angka itu melepasi 5,000, jumlah yang direkodkan mulai awal bulan ini iaitu 5,439 (1 Dis.), 5,806 (2 Dis.) dan 5,551 pada 3 Disember sebelum mencatatkan 4,896 pada 4 Disember. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,673,019 kes. Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini Selangor mencatatkan 1,465 dengan jumlah kumulatif 764,534, Kelantan –…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.99

PUTRAJAYA 8 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara kekal pada 0.99 semalam, sama seperti hari sebelumnya dengan tujuh negeri menyamai atau melepasi nilai itu. Perlis kekal mencatatkan Rt tertinggi dengan 1.13 sama seperti sebelumnya diikuti Wilayah Persekutuan Labuan (1.06), Pulau Pinang (1.03) Melaka (1.03), Negeri Sembilan 1.01, Pahang 1.00 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.99. Negeri yang merekodkan di bawah 0.99 adalah Perak, Terengganu dan Selangor masing-masing 0.98, Johor 0.97, Kedah 0.96, Kelantan 0.95, Sabah 0.90, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.87, dan Sarawak 0.71.

Read More

Kekal sabitan, hukuman Najib

PUTRAJAYA 8 Dis. – Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib Razak, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd. Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama  Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan. Mahkamah Rayuan mendapati Najib diberikan kuasa istimewa dalam SRC kerana peranannya sebagai Perdana Menteri ketika…

Read More

Kebolehjangkitan lebih tinggi, kurang bahaya

WASHINGTON: Varian Omicron Covid-19 mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi tetapi kurang berbahaya atau tidak seteruk varian-varian sebelumnya. Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital dan pesakit kurang memerlukan bantuan oksigen. Bagaimanapun Ketua Penasihat Perubatan Presiden Joe Biden itu mengingatkan  ia mungkin akan mengambil masa selama beberapa minggu lagi untuk menilai keterukannya. Beliau berkata, varian baharu itu  “jelas mudah berjangkit,” kemungkinan besar lebih mudah berjangkit berbanding Delta yang kini merupakan varian dominan di seluruh dunia. Fauci yang juga Pengarah…

Read More

3,164,254 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 8 Dis. – Sebanyak 113,423 dos penggalak diberikan sehingga 11.59 malam tadi yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,164,254 dos. Dalam tempoh yang sama, menurut laman sesawang COVIDNOW, 124,499 dos harian diberikan termasuk 113,423 dos pertama dan 6,538 dos lengkap vaksinasi. Sebanyak 78.0 peratus daripada populasi keseluruhan atau 25,461,172 lengkap vaksinasi dan 79.3 peratus atau 25,891,878 sekurang-kurangnya satu dos. Bagi kalangan populasi dewasa pula, kira-kira 97.1 peratus atau 22,734,488 sudah lengkap vaksinasi setakat ini manakala 23,058,008 orang atau mewakili 98.5 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos Sementara itu, seramai 2,726,684…

Read More

Syor campuran vaksin

AGENSI Kesihatan Kesatuan Eropah (EU) mengesyorkan agar vaksin Covid-19 bagi dos awal dan penggalak menggunakan campuran vaksin berbeza selepas dapatan kajian menunjukkan gabungan vaksin vektor virus dan vaksin MRNA menghasilkan tahap antibodi yang baik terhadap koronavirus. Saranan ini dikemukakan oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA) serta Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam satu kenyataan bersama. Menurut EMA dan ECDC, pendekatan itu menawarkan pilihan vaksin lebih baik terutamanya untuk mengurangkan impak kekurangan vaksin sekiranya vaksin tidak tersedia atas sebarang sebab. Saranan ini juga dibuat selepas kajian utama mendapati dos pertama…

Read More

66 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 66 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,718 orang, daripada 2.66 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, sembilan daripada 66 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 60,411 kes aktif Covid-19…

Read More