Kes jangkitan lepasi 5,000

PUTRAJAYA 8 Dis. – Malaysia kembali merekodkan angka 5,000 apabila kes jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 5,020 kes hari ini berbanding 4,965 kes yang dilaporkan semalam.

Selepas empat hari mencatatkan lebih 4,000 kes harian, angka itu melepasi 5,000, jumlah yang direkodkan mulai awal bulan ini iaitu 5,439 (1 Dis.), 5,806 (2 Dis.) dan 5,551 pada 3 Disember sebelum mencatatkan 4,896 pada 4 Disember.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,673,019 kes.

Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini Selangor mencatatkan 1,465 dengan jumlah kumulatif 764,534, Kelantan – 503 (160,762), Pahang – 413 (89,256), Johor – 407 (235,642), Kedah – 404 (162,703), Sabah – 322 (236,046).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – 316 (205,314), Pulau Pinang – 291 (155,562), Negeri Sembilan – 251 (110,166), Terengganu – 211 (78,143), Perak – 183 (124,754), Melaka – 129 (72,690).

Di bawah 100 kes adalah Sarawak – 55 (251,411), Perlis – 33 (6,644), Putrajaya – 25 (8,783) dan Labuan – 12 (10,609).

Dalam perkembangan sama, Kementerian Kesihatan melaporkan sebahagian besar kes masih terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.3 peratus manakala selebihnya, 1.7 peratus merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 atau bersamaan 87 kes.

Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sedang merawat 428 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 237 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 4,525 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,581,395.

Related posts

Leave a Comment