Kebarangkalian Omicron di Thailand

BANGKOK 6 Dis. – Thailand melaporkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron, melibatkan seorang lelaki Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol. Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Suakit Sirilak berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif pada 1 Disember dan kini menjalani rawatan di hospital. Beliau berkata ujian saringan yang dijalankan ke atas lelaki itu menunjukkan 99.2 peratus positif untuk varian Omicron, tetapi beliau akan menjalani ujian lain. Lelaki itu menggunakan penerbangan Emirates Airline  EK372 dari Dubai ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi Airport tanpa menunjukkan simptom.. Tiada kontak rapat dengan kes…

Read More

349 calon rebut 82 kerusi

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dengan penyertaan 349 calon termasuk 30 calon Bebas. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 349 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi ini. Beliau berkata SPR mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan layak bertanding. Calon-calon mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 82 kerusi, Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70 kerusi, PKR (28), DAP (26) dan…

Read More

Aung Sann Suu Kyi dipenjara

YANGON 6 Dis. – Junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi selepas didapati bersalah kerana menghasut terhadap tentera dan melanggar peraturan Covid-19. Suu Kyi, 76 tahun, pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu ditahan sejak jeneral tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu, sekali gus menamatkan tempoh demokrasi di negara Asia Tenggara itu. Sejak itu, beliau dikenakan beberapa siri tuduhan termasuk melanggar akta rahsia rasmi, rasuah, penipuan pilihan raya serta bakal berdepan hukuman puluhan tahun jika didapati bersalah. Menurut laporan media, Suu…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 6 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara meningkat kepada 0.98 semalam berbanding 0.97 sebelumnya dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu. Perlis kekal mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.12 berbanding 1.16 pada hari sebelumnya diikuti Melaka 1.04, Perak 1.01 dan Kedah 1.00. Ini diikuti Pulau Pinang, Labuan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 0.99 manakala Pahang 0.98. Johor pula mencatatkan Rt 0.97, diikuti Terengganu 0.96 dan Kelantan (0.95), sementara Sabah, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan Rt 0.93. Sarawak mencatatkan Rt terendah bagi keseluruhan iaitu 0.72.…

Read More

Varian Delta masih dominan

VARIAN Delta masih kekal mendominasi jangkitan di seluruh negara walaupun varian baharu Covid-19, Omicron, sudah merebak ke satu per tiga atau 16 negeri di Amerika Syarikat (AS). Menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka AS Dr Anthony Fauci walaupun kemunculan varian baharu itu menyebabkan kebimbangan di seluruh dunia, namun beliau melihat tiada laporan mengenai komplikasi yang teruk. Negeri yang melaporkan kes berkaitan varian Omicron, adalah California, Colorado, Connecticut, Hawaii, Louisiana, Maryland, Massachusetts, Minnesota, Missouri, Nebraska, New Jersey, New York, Pennsylvania, Utah, Washington dan Wisconsin. Fauci, yang juga Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit…

Read More

22.7 juta dewasa lengkap dos

  PUTRAJAYA 6 Dis. – Sebanyak 97.1 peratus atau 22.722.055 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi manakala 98.5 peratus atau 23.049,440 sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 25,443,839 individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 79.2 peratus atau 25.879,889 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2.721,784 individu atau 86.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 90.0 peratus atau 2,830,449 mendapat satu dos. Sementara itu, data kemajuan…

Read More

40 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 6 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah  30,614 orang, daripada 2.65 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 40 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 61,999 kes aktif Covid-19…

Read More