349 calon rebut 82 kerusi

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dengan penyertaan 349 calon termasuk 30 calon Bebas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 349 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Beliau berkata SPR mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan layak bertanding.

Calon-calon mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 82 kerusi, Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70 kerusi, PKR (28), DAP (26) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) di 15 kerusi.

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bertanding di 11 kerusi, Amanah (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) di lima kerusi, Pas (satu) dan Bebas di 30 kerusi.

Related posts

Leave a Comment