Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 6 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara meningkat kepada 0.98 semalam berbanding 0.97 sebelumnya dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.

Perlis kekal mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.12 berbanding 1.16 pada hari sebelumnya diikuti Melaka 1.04, Perak 1.01 dan Kedah 1.00.

Ini diikuti Pulau Pinang, Labuan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 0.99 manakala Pahang 0.98.

Johor pula mencatatkan Rt 0.97, diikuti Terengganu 0.96 dan Kelantan (0.95), sementara Sabah, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan Rt 0.93.

Sarawak mencatatkan Rt terendah bagi keseluruhan iaitu 0.72.

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan antara 13 dan 15 November lalu adalah pada 1.05.

Ia merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Related posts

Leave a Comment