Varian Delta masih dominan

VARIAN Delta masih kekal mendominasi jangkitan di seluruh negara walaupun varianĀ baharu Covid-19, Omicron, sudah merebak ke satu per tiga atau 16 negeri di Amerika Syarikat (AS).

Menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka AS Dr Anthony Fauci walaupun kemunculan varian baharu itu menyebabkan kebimbangan di seluruh dunia, namun beliau melihat tiada laporan mengenai komplikasi yang teruk.

Negeri yang melaporkan kes berkaitan varian Omicron, adalah California, Colorado, Connecticut, Hawaii, Louisiana, Maryland, Massachusetts, Minnesota, Missouri, Nebraska, New Jersey, New York, Pennsylvania, Utah, Washington dan Wisconsin.

Fauci, yang juga Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional AS, berharap Amerika dapat menarik semula larangan kemasukan ke atas pelancong dari negara-negara Afrika Selatan.

Ini berikutan, kerajaan di Afrika Selatan mendakwa tindakan sekatan itu seperti hukuman ke atas mereka yang sepatutnya dipuji kerana bertindak cepat melaporkan mengenai penemuan varian baharu.

Kebanyakan kes melibatkan Omicron adalah dalam kalangan individu yang diberi vaksin sepenuhnya dengan simptom ringan.

Varian Delta masih menyumbang 99.9 peratus kes Covid-19 baharu di AS.

Kes baharu AS mencecah 119,000 secara purata setiap hari dan hampir 1,300 nyawa menjadi korban disebabkan wabak itu.

Related posts

Leave a Comment