Brunei Darussalam catat 22 kes

BERAKAS 5 Dis. – Sama seperti semalam, 22 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam hari ini termasuk dua kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,186 kes. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar pada sidang medianya berkata, terdapat tambahan 10 kes baharu pada lima kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Katanya, dua kes import pula tiba di Brunei Darussalam pada 29 November, salah satu kes dari Jakarta melalui Singapore Airlines SQ148 dan satu kes dari  Manila menggunakan penerbangan Royal Brunei BI…

Read More

35 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 5 Dis.- Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan harian di bawah 50 kes apabila merekodkan 35 kes dalam tempoh 24 jam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH) dua lagi individu meninggal dunia akibat koronavirus Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 549,912 dan jumlah keseluruhan kematian pula sebanyak 8,844 orang. MoH juga memaklumkan 45 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 539,056 orang. Dan dalam kalangan kes aktif itu, 39 dalam keadaan kritikal.

Read More

Ceramah fizikal hanya di 64 DUN

KUCHING 5 Dis. – Ceramah fizikal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak hanya dibenarkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencapai jaringan internet. Perkara itu dimaklumkan melalui prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan Covid-19 menjelang PRN yang dimuat naik di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Menurut senarai yang dikeluarkan, terdapat 64 DUN yang dikenal pasti mempunyai kadar liputan 4G yang rendah di kawasan berpenduduk. Menerusi SOP tersebut, SPR berkata penganjur, urus setia, calon serta penceramah perlu membuat kit ujian pantas (RTK) kendiri sebelum mengadakan ceramah. Ujian…

Read More

603 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan pertambahan 603 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,834,775. Sehingga pukul 4 petang ini juga, sebanyak 1,047 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,771,536 orang pulih. Jumlah kematian pula meningkat kepada 49,386 orang apabila 156 lagi dilaporkan meninggal dunia. Bagaimanapun disebabkan masalah teknikal, daripada 156 kematian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 36 peratus berlaku pada November 2021. Sementara itu, sebanyak 13,853 kes aktif dilaporkan turun sedikit berbanding 14,338 yang dilaporkan semalam.

Read More

Thailand lapor 4,704 kes baharu

BANGKOK 5 Dis. – Selepas merekodkan 5,896 kes semalam, Thailand hari ini mencatatkan 4,704 kes baharu serta 27 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 2,141,241 kes dan 20,944 kematian Sebanyak 4,696 kes jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Bangkok mendahului dengan merekodkan 781 kes di samping tujuh wilayah lain iaitu Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Surat Thani dan Yala. Semalam, 6,149 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,048,815 kes Chon Buri dan Ayutthaya merekodkan kes kematian tertinggi iaitu masing-masing tiga kes manakala bakinya…

Read More

PSB tanding 70 kerusi

SIBU 5 Dis. – Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan bertanding di 70 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini, kata Presidennya, Wong Soon Koh. “Kita tidak akan bertanding di semua kerusi, bukan sebab kita tidak cukup calon yang berkualiti. Tetapi kita mahu menumpukan sepenuh perhatian memenangi lebih banyak kerusi,” katanya pada sidang media di sini. Menurutnya, PSB turut mempertaruhkan 10 calon wanita pada PRN12 itu termasuk calon termuda Intanurazean Wan Sapuan Daud, 26 tahun di DUN Nangka. Beliau sendiri…

Read More

Vaksinasi 2.3 juta kanak-kanak Australia

SYDNEY 5 Dis. – Kira-kira 2.3 juta kanak-kanak Australia berusia lima hingga 11 tahun, akan mula menerima suntikan vaksin Covid-19 mulai 10 Januari depan. Menteri Kesihatan, Greg Hunt berkata, penguatkuasa kesihatan memberi kelulusan sementara untuk vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada kanak-kanak. Langkah pemberian vaksin itu sebagai mengikuti tindakan sama dibuat Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Israel dan Kanada. “Vaksinasi 2.3 juta kanak-kanak akan bermula pada 10 Januari ini, tertakluk kepada kelulusan daripada badan penasihat imunisasi negara. Ia disyorkan untuk kanak-kanak di seluruh Australia. Ini bagi memastikan anak-anak kita, keluarga kita…

Read More

Kadar kebolehjangkitan Perlis 1.16

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada 0.97 selama dua hari berturut-turut. Sepuluh negeri merekodkan kadar yang sama atau melepasi nilai 0.97 didahului Perlis 1.16 sama seperti hari sebelumnya diikuti Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan yang masing-masing merekodkan 1.00. Ini diikuti Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah yang masing-masing merekodkan 0.99, manakala Perak 0.98 dan Pahang 0.97. Enam negeri merekodkan kadar di bawah purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan 0.96 manakala Sabah, Kelantan…

Read More

Pas hanya tanding satu kerusi

KUCHING 5 Dis. – Hanya satu kerusi ! Itu keputusan Pas sekali gus menjawab teka teki mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Calon tunggal Pas itu diletakkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro. Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, dan penyertaan pada PRN Sarawak kali ini dijadikan sebagai kayu pengukur gerak kerja parti tersebut di negeri berkenaan. Manakala Penolong Setiausaha Pas Sarawak, Syamsul…

Read More