Kanada, Brazil kesan Omicron

DUA kes varian baharu Covid-19 Omicron dikesan di benua Amerika, iaitu Kanada dan Brazil, kata Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) Carissa Etienne.

Beliau turut memberi amaran, varian baharu tersebut kemungkinan besar akan mula dilihat di negara-negara lain

“Kanada dan Brazil adalah satu-satunya negara di rantau ini di mana varian Omicron telah dikesan, tetapi negara lain juga mungkin akan mula mencatatkan kehadiran varian baharu ini tidak lama lagi,” katanya.

PAHO terus menjejaki dengan teliti varian lain di rantau ini dan buat masa ini, Delta kekal sebagai varian utama di benua Amerika.

Kadar vaksinasi yang rendah menjadikan rantau itu terdedah kepada kemunculan varian baharu, seperti yang berlaku dengan varian Gamma di Brazil.

Menurut Etienne, masih terlalu awal untuk meramalkan kesan varian baharu itu di benua Amerika.

PAHO sedang menunggu laporan lengkap bagi menentukan tahap ancaman varian baharu itu.

Related posts

Leave a Comment